awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
Rakyat Malaysia di Asia Barat selamat, Putrajaya terus pantau situasi serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain

Bernama
Bernama
11/03/2026
11:10 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 3.9175/9230 berbanding dolar AS daripada 3.9200/9260 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar fail

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama lain dan mata wang ASEAN pada Rabu susulan laporan berita menyatakan bahawa Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah mencadangkan pelepasan simpanan minyak yang boleh membantu menstabilkan harga minyak mentah global.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 3.9175/9230 berbanding dolar AS daripada 3.9200/9260 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata cadangan IEA itu dibuat dalam persekitaran kebimbangan bahawa penutupan Selat Hormuz akan menjejaskan bekalan minyak mentah.
“Situasi ini sebahagian besarnya bergantung kepada berapa lama konflik ketenteraan berterusan. Oleh itu, meredakan ketegangan adalah sesuatu diperlukan oleh dunia pada masa ini,” katanya kepada Bernama.
Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent meningkat 4.24 peratus kepada AS$91.52 setong.
Pada penutupan, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4719/4755 daripada 2.4859/4899 ketika ditutup pada Selasa. menokok berbanding pound British kepada 5.2545/2619 daripada 5.2744/2824 dan melonjak berbanding euro kepada 4.5412/5475 daripada 4.5668/5738.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0754/0800 daripada 3.0806/0855, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3386/3637 daripada 12.3941/4205 dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 232.0/232.4 daripada 232.4/232.9.
Dalam pada itu, ringgit turut menambah berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.64 daripada 6.65/6.67 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
# Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#IEA
#simpanan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan