awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit susut susulan lonjakan harga minyak mentah, perang di Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
12:07 MYT
Ringgit susut susulan lonjakan harga  minyak mentah, perang di Iran
Setakat 6 petang ini, ringgit susut ke paras 3.9590/9655 berbanding dolar AS daripada 3.9425/9535 pada Jumaat. - Bernama
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelompok mata wang utama lain pada Isnin, diasak risiko geopolitik yang memuncak dan mengukuhkan dolar berkenaan selain lonjakan harga minyak mentah Brent.
Pada masa sama, prestasi ringgit turut dijejaskan oleh susulan perang di Iran.
Setakat 6 petang ini, ringgit susut ke paras 3.9590/9655 berbanding dolar AS daripada 3.9425/9535 pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minyak mentah Brent dilaporkan melonjak sehingga mencecah AS$118.35 setong pada sesi pagi namun kemudiannya bergerak sekitar AS$107.91 setong selepas Iran mengumumkan pelantikan Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin agung baharu.

Harga minyak mentah turut melonjak melepasi paras AS$105 setong, malah mencecah seketika paras AS$108 setong pada Ahad selepas pelantikan Mojtaba susulan kematian pemimpin agung yang juga bapanya, Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan udara Amerika Syarikat-Israel.

Pada petang ini, harga minyak mentah Brent telah melonjak 12.16 peratus kepada AS$104.75 setong.

“Ringgit terus dijejaskan oleh perkembangan perang di Iran. Pelantikan pemimpin agung baharu itu hanya memberi petanda konflik ini berkemungkinan berpanjangan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata kebimbangan mengenai inflasi global dan bagaimana reaksi bank-bank pusat, juga meningkatkan hasil Perbendaharaan AS.

“Jelas sekali, langkah mengelak risiko telah memacu sentimen pasaran ke arah trajektori lebih lemah. Sehubungan itu, ringgit juga dijangka diniagakan rendah dalam masa terdekat,” katanya.

Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit ditutup susut berbanding yen Jepun kepada 2.4992/5035 daripada 2.4973/5044 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2809/2896 daripada 5.2530/2676 dan turun berbanding euro kepada 4.5738/5813 daripada 4.5634/5762.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara anggota ASEAN yang lain.

Ini termasuk ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3345/3617 daripada 12.3392/3810 pada Jumaat berbanding peso Filipina pada 6.65/6.67 daripada 6.68/6.70.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0925/0978 daripada 3.0779/0867 selain rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 233.5/234.0 daripada 232.9/233.6 sebelum ini.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ringgit
#penutup
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#Iran
#minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan