awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit turun ke paras 4.00 berbanding dolar AS susulan ketidaktentuan di Asia Barat

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
07:43 MYT
Ringgit turun ke paras 4.00 berbanding dolar AS susulan ketidaktentuan di Asia Barat
Pada 12.30 tengah hari, ringgit pada 4.0075/0105 berbanding dolar AS. - Gambar fail/Bernama
Ringgit turun ke paras 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tengah hari, apabila mod pengelakan risiko menguasai sentimen pasaran disebabkan keraguan terhadap gencatan senjata di Iran selepas Presiden AS Donald Trump memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan komited terhadap perjanjian dengan Tehran.
“Berikutan pengumuman itu, Indeks Dolar AS (DXY) dilihat meningkat 0.28 peratus kepada 99.873 mata, kekal stabil disebabkan permintaan aset selamat, manakala indeks ekuiti penanda aras AS susut lebih daripada satu peratus,” kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Unit tempatan dibuka pada 3.9855 berbanding dolar AS.
Pada 12.30 tengah hari, ringgit pada 4.0075/0105 berbanding dolar AS, menandakan kedudukan terendah dalam tempoh dua bulan apabila ia berada pada 4.0045, pada 23 Januari lepas.
Xinhua turut melaporkan bahawa pasaran kewangan terus dipengaruhi secara ketara oleh permusuhan melibatkan AS, Israel dan Iran.
Teheran dan Tel Aviv melancarkan serangan ketenteraan pada Khamis dalam persekitaran amaran antarabangsa yang semakin meningkat mengenai kos ekonomi konflik tersebut yang amat besar.
Bagaimanapun, pasaran ekuiti berjaya mengurangkan sebahagian kecil daripada kerugian besar pada sesi pagi tadi, susulan laporan bahawa Iran telah memberikan maklum balas rasmi terhadap cadangan gencatan senjata AS, menurut laporan itu.
Ringgit ditutup rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Mata wang tempatan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.5114/5135 daripada 2.4951/5077 ketika pada pembukaan Jumaat, rendah berbanding pound Britain kepada 5.3460/3500 daripada 5.3143/3403 sebelumnya dan menguncup berbanding euro kepada 4.6243/6277 daripada 4.5969/6194 sebelum itu.
Berbanding mata wang ASEAN pula, ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1177/1203 daripada 3.0994/1148 pada pembukaan, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.1942/2085 daripada 12.0868/1566 pagi ini, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 236.5/236.7 daripada 235.7/237.0 sebelumnya dan turun berbanding peso Filipina kepada 6.64/6.65 daripada 6.61/6.65 sebelum itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Asia Barat
#krisis Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan