awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko banjir kilat di lima daerah di Sabah dalam tempoh 12 jam

Bernama
Bernama
25/12/2022
10:49 MYT
Risiko banjir kilat di lima daerah di Sabah dalam tempoh 12 jam
Sila bersiap sedia jika anda berada dalam senarai kawasan berisiko di daerah terlibat iaitu Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam ini di lebih 20 kawasan di lima daerah di Sabah sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.
Menurut JPS daerah terlibat adalah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan, berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Lokasi 'hotspot' berisiko banjir bagi Kota Marudu adalah Kampung Ongkilian, Kampung Parong, Kampung Rakit, Kampung Popok Laut, Kampung Papar, Kampung Damai, Kampung Kuranji, Kampung Tarangkapas, Kampung Rasak Laut, Kampung Garuda, Kampung Longob, Kampung Masolog, Kampung Rasak Darat dan kawasan sekitarnya.
Di Kudat pula membabitkan Kampung Andab Jawa, Kampung Korina, Kampung Naradang dan kawasan sekitar.
Bagi Pitas, kawasan berisiko Kampung Pitas, Kampung Kusilad, Kampung Sinsilog, Kampung Kelumpang, Kampung Kalipuon, Kampung Komiri, Kampung Andab, Kampung Barasan, Kampung Tambilidon, Kampung Sinasak, Kampung Rukom Laut, Kampung Kanibongan, Kampung Indah, Kampung Boribi dan kawasan sekitarnya.
Di Sandakan kawasan berisiko banjir kilat adalah Kampung Gum Gum Batu 16 dan sekitarnya, manakala di Paitan melibatkan Kampung Sungai-Sungai dan sekitarnya.
Notis itu dikeluarkan pada 3.15 petang untuk membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Sabah
#MetMalaysia
#Penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan