awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan plastik, pembungkusan lebih kritikal berbanding minyak - Pakar
Rusia harap usaha diplomatik berhubung Iran diteruskan - Lavrov
Subsidi bahan api cecah RM200 juta sehari, beban negara semakin berat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2,000 bantuan awal mangsa kebakaran Kampung Bahagia - Hajiji

Bernama
Bernama
20/04/2026
05:22 MYT
RM2,000 bantuan awal mangsa kebakaran Kampung Bahagia - Hajiji
Hajiji menyampaikan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, hari ini. - Foto Sinar Harian
Kerajaan Negeri Sabah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran besar di Kampung Bahagia di sini, awal pagi semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan itu masing-masing RM1,000 daripada Kerajaan Negeri dan Yayasan Kebajikan Sabah.

“Kerajaan negeri amat bersimpati dan saya tengok kebakaran ini agak besar yang melibatkan hampir 1,000 buah rumah musnah.

“Jadi kita berharap bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka. Saya ingat sekurang-kurangnya satu atau dua minggu baru kita dapat laporan penuh mangsa kebakaran ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, di sini hari ini.

Hajiji berkata kerajaan negeri sedang merangka beberapa perancangan termasuk membangunkan semula kawasan tersebut sebagai perkampungan sah, namun keputusan lanjut bergantung kepada laporan penuh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sandakan.

Mengulas cadangan penempatan semula, beliau berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan perkara itu, namun akan menunggu cadangan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.

Semalam, kebakaran besar di perkampungan atas air di Sandakan itu mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah selain melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Setakat ini enam PPS dibuka bagi menempatkan mangsa.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Sandakan
#Hajiji Noor
#kebakaran
#Kampung Bahagia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan