awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia, tindakan juruterbang dipuji
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion

Bernama
Bernama
07/10/2023
08:58 MYT
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Razarudin ditemui media selepas menghadiri taklimat bersama petugas-petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) N.36 Pelangai di Markas Taktikal (MARTEK) Balai Polis Karak hari ini. - Foto BERNAMA
BENTONG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12 antaranya bagi pelaksanaan 81 projek di bawah agensi keselamatan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata peruntukan itu melibatkan 21 projek di ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negara manakala selebihnya iaitu 60 projek membabitkan aset-aset seperti bot dan lain-lain kenderaan.
"Ini semua termasuk sistem perhubungan, (peralatan) teknologi dan pembaikan kediaman. Kita telah menghantar permohonan peruntukan.. (dan) ini yang kita harapkan untuk rancangan boleh pinda RMK12 ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai di Balai Polis Karak, di sini hari ini.
PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas PRU15 pada 19 Nov lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lepas serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#RMK12
#Razarudin Husain
#Ketua Polis Negara
#Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan