awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Roboh ikon DBP sebab sayang'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2019
02:32 MYT
'Roboh ikon DBP sebab sayang'
DBP masih belum membincangkan cadangan penggantian struktur replika buku di bumbung menara tersebut yang terpaksa dirobohkan atas faktor keselamatan. -Gambar fail
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih belum membincangkan cadangan penggantian struktur replika buku di bumbung menara tersebut yang terpaksa dirobohkan atas faktor keselamatan.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan dan pihaknya masih belum sampai ke tahap tersebut.
Beliau berkata, pihaknya maklum ramai yang melahirkan kegusaran dengan tindakan DBP yang terpaksa merobohkan replika itu yang sudah sekian lama menjadi ikon badan tersebut yang berperanan mengendalikan hal ehwal bahasa serta persuratan negara.
"Jika ramai yang sayang pada ikon DBP itu, apatah lagi kami di DBP...Sebab kita sayanglah, kerja-kerja perobohan tetap perlu dilakukan kerana ia membabitkan isu keselamatan.
"Cuma buat masa ini, saya tak boleh beri apa-apa komen.....Tapi untuk gantikan replika tersebut dengan replika yang baharu, kami memang belum bincang lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Katanya, banyak aspek yang perlu dilihat dan perbincangan mengenainya hanya akan berlangsung selepas kerja-kerja perobohan selesai nanti.
Terdahulu, DBP dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kerja-kerja perobohan replika itu dimulakan pada 12 Julai lalu dan dijangka siap pada 16 November ini.
Keputusan untuk merobohkan replika itu diambil selepas pakar mendapati bahawa strukturnya tidak berada dalam keadaan selamat.
Mengulas berhubung tempoh kerja-kerja perobohan yang lama iaitu melebihi empat bulan, Mohamed Hatta berkata, itu di luar bidang kuasanya.
"Kena rujuk pada pihak terlibat seperti jurutera dan Kementerian Kerja Raya," katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun kerja-kerja perobohan dilakukan tidak mengganggu tugas-tugas harian kakitangan DBP.
"Kawasan perobohan tidak libatkan kawasan kakitangan bekerja...semua tugasan berjalan seperti biasa," katanya.
Sebelum ini, pelbagai reaksi serta komen negatif dibangkitkan netizen di laman sosial kerana tidak berpuas hati dengan tindakan DBP merobohkan replika buku di bumbung menara tersebut.
Bahkan, ada pihak mendakwa ia dirobohkan kerana replika tersebut melambangkan imej Islam dan mendakwa ada pihak tidak senang dengan kewujudan replika tersebut.
Topic Berkaitan
#bumbung menara
#cadangan penggantian
#DBP
#Dewan Bahasa dan Pustaka
#hal ehwal bahasa
#Mohamed Hatta Shaharom
#persuratan negara
#struktur replika buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan