awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol anak kandung, bapa durjana dipenjara 81 tahun

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2017
09:32 MYT
Rogol anak kandung, bapa durjana dipenjara 81 tahun
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim, Zahilah Mohammad Yusoff di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor.
Seorang bapa mengaku bersalah atas lima pertuduhan merogol dan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul anak perempuannya enam tahun lalu.
Susulan pengakuan itu, Mahkamah Sesyen Kota Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 81 tahun serta lapan sebatan ke atas bapa mangsa yang juga seorang kelindan lori.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman ke atas bapa saudara mangsa kerana turut mencabul mangsa pada tahun 2014.
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim Zahilah Mohammad Yusoff di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor.
Antara pertuduhan tersebut ialah melakukan persetubuhan luar tabii sejak mangsa berusia 11 tahun di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Manakala, kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Salwa Sulaiman dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Kes dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#cabul
#Kota Tinggi
#Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor
#mangsa
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan