awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo kekal di Riyadh ketika ketegangan Asia Barat memuncak

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2026
02:21 MYT
Ronaldo kekal di Riyadh ketika ketegangan Asia Barat memuncak
Kecederaan otot Ronaldo menimbulkan kebimbangan memandangkan kalendar antarabangsa semakin padat dan kejohanan utama dunia semakin hampir. - Foto Astro ARENA
SPEKULASI mengenai keberadaan Cristiano Ronaldo akhirnya terjawab apabila bintang Portugal itu disahkan masih berada di Arab Saudi bersama kelabnya, Al-Nassr FC.
Tanda tanya tercetus selepas jet peribadi mewah miliknya dilaporkan meninggalkan negara itu pada tengah malam Isnin, ketika konflik di rantau Asia Barat semakin memuncak.
Namun, Al-Nassr memuat naik gambar Ronaldo di pusat latihan kelab pada Selasa, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa beliau telah meninggalkan Arab Saudi.
Walaupun isu keberadaannya sudah terjawab, Ronaldo kini berdepan masalah lain apabila disahkan mengalami kecederaan hamstring.
Dalam kenyataan ringkas di media sosial, Al-Nassr memaklumkan, “Cristiano Ronaldo didiagnosis mengalami kecederaan hamstring selepas perlawanan terakhir menentang Al-Fayha. Dia telah memulakan program pemulihan dan akan dinilai dari hari ke hari.”
Ronaldo sebelum itu terpaksa dikeluarkan ketika Al-Nassr mencatat kemenangan 3-1 ke atas Al-Fayha FC Sabtu lalu.
Kecederaan otot itu menimbulkan kebimbangan memandangkan kalendar antarabangsa semakin padat dan kejohanan utama dunia semakin hampir.
تفاصيـلُ تختلـف .. وطموحاتٌ لا تتوقـف 💛 pic.twitter.com/uPxnu8mL3k
— نادي النصر السعودي (@AlNassrFC) March 2, 2026
Dalam perkembangan berkaitan, aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) antara Al-Nassr dan Al-Wasl FC turut ditangguhkan susulan ketegangan keselamatan di rantau berkenaan.
Ibu kota Arab Saudi, Riyadh, yang menjadi tempat tinggal Ronaldo bersama pasangannya Georgina Rodriguez dan lima anak mereka, dilaporkan menjadi sasaran serangan dron dalam konflik yang semakin meruncing.
Situasi itu menyaksikan ramai warga asing meninggalkan rantau Asia Barat, sekali gus mencetuskan spekulasi apabila pesawat peribadi Ronaldo dilaporkan terbang ke Madrid.
Menurut data penjejakan penerbangan, pesawat jenis Bombardier Global Express itu berlepas sekitar jam 8 malam waktu Arab Saudi dan tiba hampir jam 1 pagi waktu Sepanyol, melalui laluan Mesir dan Laut Mediterranean.
Buat masa ini, Ronaldo dijangka memberi fokus sepenuhnya kepada proses pemulihan, sementara Al-Nassr menunggu perkembangan lanjut berhubung jadual perlawanan yang terjejas akibat konflik geopolitik di Asia Barat.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Iran
#konflik Asia Barat
#Al-Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan