awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
26/10/2018
02:21 MYT
Rosmah, Norashman, Riza tiba di JSJK untuk beri keterangan
Rosmah (tengah) tiba di JSJK, Menara KPJ untuk diambil keterangan, dipercayai berkaitan dana 1MDB. -Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Menara KPJ di sini untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan dana 1MDB.
Rosmah tiba pada jam 9.43 pagi dengan pakaian berwarna putih bersama dua anaknya Norashman Najib dan Riza Aziz yang hadir menaiki kenderaan Proton Perdana dan BMW berwarna hitam.
Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan pada Khamis, namun ditukar ke jam 10 pagi Jumaat.
Ini adalah kali kedua ia ditunda selepas polis merakam keterangannya pada 19 Oktober lalu berhubung pemilikan dan pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak pada Mei lalu.
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman untuk diambil keterangan dipercayai berkaitan dana 1MDB. @501Awani pic.twitter.com/Mx3Gv2HmNs
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) October 26, 2018
Pada Jun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan nilai barangan kemas dirampas mencecah RM440 juta.
Ia termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 bentuk gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 bentuk kerongsang dan 14 tiara.
Selain itu, polis merampas 567 beg tangan bernilai lebih RM51.3 juta, serta 423 jam dan 234 cermin mata hitam, masing-masing bernilai RM79 juta dan RM374,000.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Amar Singh
#barangan kemas
#BMW
#Bukit Aman
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan