awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Bangsa bukan paksaan, sertai dengan kerelaan hati - Mohamad Hasan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/03/2026
08:30 MYT
Rumah Bangsa bukan paksaan, sertai dengan kerelaan hati - Mohamad Hasan
Mohamad berkata kekuatan UMNO adalah pada akar umbi parti itu secara berkumpulan bukannya individu. - Gambar fail

Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO tidak bersifat paksaan sebaliknya bekas ahli yang berhasrat kembali menyertai semula parti itu perlu melakukannya dengan kerelaan hati, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kekuatan UMNO adalah pada akar umbi parti itu secara berkumpulan bukannya individu.

Justeru, Mohamad menjelaskan meskipun UMNO dan rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), ia hanya untuk menguruskan negara dan tidak melibatkan agenda politik parti.

“Gabungan kami tetap bersama MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Kalau nak bersama-sama mesti dengan kerelaan hati, terus bersama berjuang dengan landasan UMNO ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadan di Mambau di sini hari ini.

Mohamad mengulas dakwaan sesetengah bekas ahli UMNO yang menolak inisiatif berkenaan dan menyifatkan Rumah Bangsa masih dalam kerangka Kerajaan MADANI.

Dalam pada itu, beliau berkata bekas ahli yang berhasrat menyertai semula UMNO perlu memohon secara rasmi dengan menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti itu Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

“Permohonan tersebut akan diuruskan secara teliti dengan merujuk terlebih dahulu kepada bahagian dan negeri masing-masing. Apabila tiada halangan daripada pihak bahagian dan negeri, permohonan itu akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan sebelum di bawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), kerana kuasa untuk menerima semula ahli terletak pada MT,” katanya.

Jumaat lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat dan digantung keahlian untuk kembali ke parti itu tanpa syarat.

Beliau turut mengimbau peristiwa pada 1996 apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan semua ahlinya diterima masuk semula ke dalam UMNO secara en bloc (keseluruhan) tanpa syarat.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Rumah Bangsa
#UMNO
#Mohamad Hasan
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan