awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
21/05/2021
06:24 MYT
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Tindakan merobohkan dan membakar rumah-rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan didirikan semula dan menjadi sarang penempatan kumpulan pengganas. - Foto Astro AWANI
BEAUFORT: Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, di sini, yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan, pagi tadi.
Operasi khas pemusnahan membabitkan 60 anggota dan pegawai itu dijalankan PDRM dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Tindakan meroboh dan membakar rumah-rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan ia didirikan semula dan menjadi sarang penempatan kumpulan pengganas.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata keputusan merobohkan penempatan kumpulan pengganas berkenaan dibuat dalam mesyuarat membabitkan semua agensi terbabit.
"Kita tetapkan hari ini merobohkan dan memusnahkan sarang-sarang disyaki digunakan oleh kumpulan Abu Sayyaf.
"Ini adalah Point B yang mana yang kita boleh masuk mendekati tempat-tempat ini lebih kurang enam buah rumah dan seterusnya bergerak ke Point A.
"Point B adalah tempat kejadian tembak-menembak yang mana pasukan keselamatan telah diserang hendap daripada segenap arah sehingga lima anggota Abu Sayyaf tertewas, Inilah kawasannya," katanya ketika ditemui selepas melakukan operasi meroboh rumah terbabit hari ini.
Ops Khas | Polis Sabah tembak mati lima ahli Abu Sayyaf
Yusoff Zaki berkata, operasi pertama hari ini hanya membabitkan enam rumah di lokasi pertama di Point B manakala lokasi Point A ditangguh berikutan kawasan berkenaan dilanda banjir.
"Point A lebih kurang dalam 30 buah rumah, yang mana operasi pertama dulu kita telah menangkap dan menahan 37 orang. Ini Point B ada enam buah rumah.
"Hari ini kita flushing, kita akan musnahkan rumah-rumah ini danrobohkan. Kita sudah sepakat dengan agensi-agensi terbabit," katanya lagi.
Menurutnya, tindakan IPD Beaufort tidak akan terhenti di sini sahaja dan gerakan mengesan saki baki ahli kumpulan berkenaan masih diteruskan.
"Orang-orang saya telah bergerak untuk masuk ke kawasan-kawasan setinggan yang lain sekiranya terdapat aktivit -aktiviti sebagaimana yang berlaku di sini.
Sementara itu, Yusoff Zaki menafikan beberapa kenyataan yang tular di media sosial kononnya daerah Beaufort tidak selamat berikutan insiden minggu lalu.
"Kita tengok dalam media viral sekarang, kononnya Beaufort tidak selamat, sebenarnya khabar angin itu tidak boleh dipercayai.
"Saya sebagai Ketua Polis Daerah memberi jaminan kepada warga Beaufort, Beaufort aktiviti macam biasa. Tiada masalah keselamatan dan pihak penguasa sentiasa bersiap siaga.
"Cuba kita hendak minta daripada tuan-tuan sekalian untuk tampil sekiranya ada pergerakan luar biasa kepada polis," katanya.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Malaysia
#Beaufort
#serang hendap
#operasi
#media sosial
#Ketua Polis Daerah Beaufort
#Yusoff Zaki Mat Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan