awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, lima kenderaan hangus dalam kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2020
13:19 MYT
Rumah, lima kenderaan hangus dalam kebakaran
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengahari itu, penghuni rumah itu bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku. - Astro AWANI
Sebuah rumah dua tingkat dan lima kenderaan hangus dan musnah dalam kebakaran di Lorong Berjaya, Kampung Pulau Kechil, dekat Jitra hari ini.
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengahari itu, penghuni rumah itu bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebaik menerima panggilan pada jam 12.26 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba tiba di lokasi jam 12.36 tengah hari 11 anggota bersama tiga jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak dan dianggarkan 95 peratus rumah terbabit musnah.
Mohamadul Ehsan berkata, turut musnah dalam kebakaran itu, dua buah kereta iaitu Mercedes dan Perodua Myvi manakala tiga motosikal hangus terbakar.
Beliau berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal api dari merebak.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#Kedah
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan