awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komponen Simpanan kini aset strategik Tentera Darat Malaysia – Raja Muda Perlis
KPDN, APMM Selangor periksa 50 kapal, bot dalam operasi khas di perairan Pelabuhan Klang
Ribuan sertai perhimpunan Hari al-Quds di Tehran tanda solidariti kepada Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan bentuk kerajaan campuran belum dimuktamadkan - Anutin

Bernama
Bernama
05/03/2026
14:57 MYT
Rundingan bentuk kerajaan campuran belum dimuktamadkan - Anutin
Anutin, yang menerajui Parti Bhumjaithai yang memperoleh jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya Februari lalu, enggan mengulas lanjut mengenai perbincangan pembentukan kerajaan yang sedang berlangsung. - Foto fail
Perdana Menteri sementara Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis berkata rundingan untuk membentuk kerajaan campuran masih belum dimuktamadkan sebelum parlimen baharu bersidang susulan pilihan raya umum bulan lepas.
Anutin, yang menerajui Parti Bhumjaithai yang memperoleh jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya Februari lalu, enggan mengulas lanjut mengenai perbincangan pembentukan kerajaan yang sedang berlangsung.
“Apabila tiba masa yang sesuai, perkara itu akan menjadi jelas mengikut keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil sebagai Ahli Dewan Perwakilan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand pada Khamis.
Pada Rabu, Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi mengesahkan 499 kerusi Parlimen daripada pilihan raya umum Februari, sekali gus membuka laluan kepada Dewan Perwakilan baharu untuk bersidang.
Keputusan yang disahkan menunjukkan Parti Bhumjaithai memperoleh 192 kerusi dalam pilihan raya itu, diikuti Parti Rakyat dengan 120 kerusi, Parti Pheu Thai (74) dan Kla Tham (58).
Di bawah undang-undang Thailand, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari selepas pengesahan sekurang-kurangnya 475 kerusi, atau 95 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Dewan itu akan terlebih dahulu memilih Speaker dan Timbalan Speaker, sebelum ahli-ahlinya mengundi untuk memilih seorang perdana menteri yang kemudian akan membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu, Anutin berkata tarikh persidangan Parlimen baharu akan bergantung kepada pengeluaran titah diraja.
Beliau menambah bahawa beliau tidak dapat menyatakan bila Parlimen akan bersidang atau bila Speaker Dewan akan dipilih kerana proses itu tertakluk kepada perkenan diraja.
Sementara itu, Anutin berkata Parti Bhumjaithai akan mengadakan seminar untuk Ahli Parlimennya pada 8 Mac ini di wilayah Buriram.
“Ada antara mereka yang masih belum mengenali antara satu sama lain. Saya juga baru pertama kali bertemu dengan sebahagian daripada mereka, jadi kami perlu saling mengenali terlebih dahulu,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti bhumjaithai
#Parlimen
#kerajaan baharu
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan