awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU pisah peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini

Astro AWANI
Astro AWANI
20/02/2026
04:52 MYT
RUU pisah peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini
Menurut Azalina (foto), mesyuarat jemaah menteri pada 30 Januari lalu telah bersetuju secara prinsip dengan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi kedua-dua cadangan. -Foto fail/Bernama
Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi cadangan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Isnin di Dewan Rakyat.
Menurut Azalina, mesyuarat jemaah menteri pada 30 Januari lalu telah bersetuju secara prinsip dengan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi kedua-dua cadangan.
“Bacaan kedua akan dibentang pada 2 Mac bagi RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan RUU Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri pada 3 Mac,” kata Azalina pada taklimat media, di sini, hari ini
Cadangan ini bertujuan memastikan pendakwaan bebas dan profesional manakala cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri adalah untuk memastikan peralihan kuasa teratur dan tadbir urus berperlembagaan.
Pengasingan kuasa pendakwaan akan diberi kepada Pendakwa Raya manakala Peguam Negara berkuasa untuk menasihati kerajaan bagi perkara selain jenayah.
Pelantikan Pendakwa Raya akan melalui Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Manakala cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada agregat 10 tahun secara keseluruhan sama ada secara berterusan atau tidak.
Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa amanat Tahun 2026 di Jabatan Perdana Menteri menyatakan empat rang undang-undang baharu akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Topic Berkaitan
#RUU Perlembagaan 2026
#Pengasingan Kuasa Peguam Negara Pendakwa Raya
#had tempoh Perdana Menteri
#Azalina Othman Said
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan