awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari

Bernama
Bernama
22/01/2025
14:00 MYT
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
"Menerusi inisiatif yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) ini, kami berharap ia dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Selain itu, Hajiji turut mengarahkan kesemua ketua jabatan untuk memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini bagi mengelak daripada menjadi projek sakit dan terbengkalai.
"Saya menyeru kesemua ketua jabatan, bukan sahaja di bawah Jabatan Ketua Menteri tetapi juga di kementerian lain termasuk pegawai daerah.
"Saya ingin mengingatkan semua pegawai kerajaan negeri supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan memastikan projek untuk rakyat disiapkan mengikut jadual," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#bantuan bulanan
#Hajiji Noor
#Sentuhan Kasih Rakyat 2025
#miskin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan