awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah harap capai 40 peratus kadar vaksinasi menjelang 31 Ogos ini

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2021
10:42 MYT
Sabah harap capai 40 peratus kadar vaksinasi menjelang 31 Ogos ini
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, setakat 29 Ogos ini, Sabah telah merekodkan 37.1 peratus populasi dewasa lengkap pengambilan vaksin.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berharap dan meletakkan sasaran 40 peratus populasi dewasa di negeri itu menerima vaksin pada 31 Ogos ini.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, setakat 29 Ogos ini, Sabah telah merekodkan 37.1 peratus populasi dewasa lengkap pengambilan vaksin.
"Manakala 56.3 peratus penduduk dewasa di Sabah telah memperolehi sekurang-kurangnya satu dos," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Dalam laporan harian COVID-19 hari ini, Masidi berkata, kes harian masih tinggi dengan 2,578 kes direkodkan.
Katanya, daripada jumlah itu 269 kes melibatkan kanak-kanak dan bayi berusia bawah satu tahun hingga lima tahun; 509 melibatkan kanak-kanak enam tahun ke 17 tahun; 1,572 kes melibatkan kes berusia 18 hingga 59 tahun serta 228 orang berusia lebih 60 tahun.
Menurut Masidi, 2,507 daripada jumlah kes harian hari ni juga melibatkan kategori 1 dan 2; 13 (kategori 3); tujuh (kategori 4) dan 25 (kategori 5).
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#Masidi Manjun
#kadar vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan