awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera parah dipukul dalam kem meninggal dunia
Banduan warga Pakistan lolos Penjara Sungai Buloh masih dalam kawasan pencarian polis
Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah kaji kenakan cukai jualan 5 peratus ke atas produk petroleum

Leolerry Lajius
Leolerry Lajius
09/11/2018
13:07 MYT
Sabah kaji kenakan cukai jualan 5 peratus ke atas produk petroleum
SHAFIE: Kepentingan rakyat dan pembangunan negeri ini merupakan keutamaan kerajaan negeri.
Sabah akan melihat keperluan sama ada akan mengikuti jejak Sarawak yang mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut jika langkah itu mampu meningkatkan hasil kerajaan negeri.
Katanya, kepentingan rakyat dan pembangunan negeri ini merupakan keutamaan kerajaan negeri dan apa sahaja langkah yang mampu memberikan manfaat kepada negeri ini ia wajar dibincangkan untuk dilaksanakan.
"Kita akan melihat keperluan tersebut kerana apa sahaja yang boleh meningkatkan hasil kerajaan negeri kita boleh laksanakan ke arah menjadikan Sabah jauh lebih baik,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas membentangkan Bajet 2019 Sabah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.
Tambah beliau, dalam pembentangan bajet kali ini Sabah telah memperkenalkan cukai baharu ke atas komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah.
Katanya, cukai ini telah diwartakan sebelum ini namun belum dilaksanakan lagi.
Bagaimanapun, disebabkan terdapat banyak aduan mengenai kekurangan bekalan ikan berkualiti tinggi untuk kegunaan tempatan, maka Kerajaan akan mengenakan cukai ke atas komoditi perikanan yang mula dikutip mulai awal tahun 2019 pada kadar 5 peratus.
Topic Berkaitan
#cukai jualan
#kaji
#kerajaan negeri
#produk petroleum
#Sabah
#Sarawak
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan