awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah peruntuk RM470 juta bagi pembangunan modal insan - Hajiji

Bernama
Bernama
23/08/2024
21:30 MYT
Sabah peruntuk RM470 juta bagi pembangunan modal insan - Hajiji
Menurut Hajiji, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif membantu pelajar tingkatan empat dan lima dengan pemberian sekali beri RM200. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta bagi tujuan pembangunan modal insan tahun ini termasuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif membantu pelajar tingkatan empat dan lima dengan pemberian sekali beri RM200.
"Kerajaan Sabah turut menyediakan bantuan sekali beri kepada mereka yang akan memasuki institusi pengajian tinggi iaitu RM2,000 untuk kursus ijazah dan RM1,500 bagi kursus diploma.
"Tetapi kita tahu jumlah ini tidak mencukupi dan kerana itulah kami libatkan Yayasan Sabah dan kami turut mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi membantu membiayai pendidikan anak-anak kita," katanya yang ditemui pada sesi ramah mesra bersama 12 penerima biasiswa Petronas di Menara Kinabalu, pada Jumaat.
Hajiji turut memuji Petronas atas sokongan berterusan kepada pembangunan akademik belia dan kerana menaja 107 pelajar dari Sabah untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang.
"Saya sangat menghargai komitmen Petronas untuk membangunkan modal insan selari dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya," katanya.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum, Petronas, Datuk Bacho Pilong. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#peruntukan
#modal insan
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan