awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak

Bernama
Bernama
21/05/2022
13:32 MYT
Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Bung Moktar berkata pihaknya turut bersimpati dengan rungutan rakyat terutama pengguna jalan yang terkesan dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di pantai timur Sabah. - Gambar fail
KINABATANGAN: Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya Negeri, berkata pihaknya turut bersimpati dengan rungutan rakyat terutama pengguna jalan yang terkesan dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di pantai timur Sabah.
"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dan beliau telah memaklumkan Kementerian Kewangan (mengenai permohonan peruntukan).
"Peruntukan ini (RM265 juta) untuk membaiki jalan, bukan untuk menaik taraf sebab kalau menaik taraf, jalan itu akan dirobohkan semula dan akan ada jajaran baharu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di sini hari ini.
Bung Moktar berkata kerja membaiki jalan yang rosak itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun setengah.
Jalan raya di pantai timur Sabah terutama antara daerah Telupid dan Sandakan yang juga laluan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, mengalami kerosakan teruk kerana tidak diselenggara dengan baik sejak negara melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#baiki jalan
#Jalan rosak
#Timbalan Ketua Menteri Sabah
#Bung Moktar Radin
#Lebuhraya Pan Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan