awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin tolak pelawaan sertai Muafakat Nasional

Bernama
Bernama
17/06/2020
14:04 MYT
Saifuddin tolak pelawaan sertai Muafakat Nasional
Saifuddin menolak sertai Muafakat Nasional kerana terikat menerusi persefahaman dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar BERNAMA
Datuk Saifuddin Abdullah menolak pelawaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai Muafakat Nasional - kerjasama PAS dan UMNO - namun menyifatkan pelawaan itu menunjukkan kelapangan hati kerjasama dua parti berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, beliau secara peribadi terikat menerusi persefahaman dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya hanya boleh kata terima kasih kepada beliau tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen," katanya ketika ditanya pemberita mengenai pelawaan yang dibuat Ahmad Zahid hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Muafakat Nasional terbuka menerima Bersatu atau mana-mana Ahli Parlimen Bebas termasuk Saifuddin.
Saifuddin ditemui pemberita selepas membentangkan Kad Laporan 100 Hari beliau menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di sini hari ini.
Saifuddin bertindak keluar PKR pada 24 Feb lepas, menyusuli pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada parti itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Indera Mahkota
#Bersatu
#Muafakat Nasional
#PAS
#Saifuddin Abdullah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan