awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan tahun baharu di Kelantan dalam skala kecil

Bernama
Bernama
31/12/2020
05:40 MYT
Sambutan tahun baharu di Kelantan dalam skala kecil
Wan Roslan (kanan) mengiringi Ahmad (tiga, kanan) yang menampal pelekat Erat 4x4 New Year pada majlis di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU:Kerajaan Kelantan tetap meraikan sambutan tahun baharu 2021 di sebalik penularan COVID-19, namun acara diadakan dalam skala kecil dengan penekanan kepada amalan norma baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata sambutan itu bukan acara rasmi sebaliknya diadakan sekadar mengingati "kita sudah bertambah umur".
"Antaranya program 4x4 New Year ke Lata Y Hulu Tembeling, Kuala Krai bersempena tahun baharu 2021 yang bermula hari ini selama dua hari yang dihadkan kepada 60 peserta, selain program TM Fly Over New Year Nite Ride 2021 di Tanah Merah malam ini yang dihadkan kepada 250 peserta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pelepasan Erat 4x4 New Year di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Kelantan Mohd Aidil Afizie Daud.
Terdahulu, Ahmad melepaskan peserta konvoi itu yang bertujuan mempromosikan tempat pelancongan selain menyantuni penduduk di sana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Menteri Besar
#kerajaan
#pelancongan
#Wan Roslan Wan Hamat
#COVID-19
#acara rasmi
#konvoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan