awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
18/05/2022
03:55 MYT
Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim
Selain menghasilkan Dasar Negeri mengenai GHG, kajian itu dijangka menyediakan pelan tindakan untuk mengurang dan menyesuaikan impak dari perubahan iklim.
KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal mengubal Dasar Perubahan Iklim memfokuskan kepada tiga sumber tenaga hijau iaitu kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata ia adalah selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan visi Sarawak iaitu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).
“Selain menghasilkan Dasar Negeri mengenai GHG, kajian itu dijangka menyediakan pelan tindakan untuk mengurang dan menyesuaikan impak dari perubahan iklim.
“Antara hasil yang dijangkakan daripada kajian tersebut ialah garis dasar mengenai GHG mengikut sektor tenaga, pengangkutan, proses perindustrian, pertanian, perubahan guna tanah dan pengurusan sisa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut itu lagi, kajian mengenai Dasar Perubahan Iklim Sarawak ini adalah untuk pembangunan mampan selain memastikan persekitaran yang bersih dan sihat.
“Pembangunan mampan perlu diusahakan supaya masyarakat mempunyai masa depan yang lebih baik merangkumi persekitaran yang bersih, tahap pembangunan yang berterusan tanpa sisa dan pencemaran yang berlebihan, dan perlindungan sumber asli dan biodiversiti,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Dasar Perubahan Iklim
#Pelepasan gas rumah hijau
#GHG
#hidrogen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan