awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak kaji semula Pelan Induk Elektrik 2025-2030

Bernama
Bernama
17/03/2025
20:45 MYT
Sarawak kaji semula Pelan Induk Elektrik 2025-2030
Julaihi berkata, buat masa ini, liputan bekalan elektrik untuk luar bandar di seluruh Sarawak adalah 98.6 peratus. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang mengkaji semula Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 bagi memastikan usaha elektrifikasi penuh secara menyeluruh ke kawasan luar bandar di negeri ini tercapai.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, buat masa ini, liputan bekalan elektrik untuk luar bandar di seluruh Sarawak adalah 98.6 peratus.
"Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan terus komited untuk mencapai elektrifikasi penuh di Sarawak dengan pembekalan tenaga yang boleh dipercayai secara menyeluruh ke kawasan luar bandar bagi memperkukuh pembangunan ekonomi di negeri ini.
"SEB selaku agensi pelaksana memainkan peranan penting untuk memastikan setiap projek atau inisiatif dilaksanakan dengan lancar dan menepati masa," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa SEB, di sini, pada Isnin.
Mengenai Projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF), Julaihi berkata, sejumlah RM315 juta diperuntukkan sejak 2018 bagi Fasa Satu hingga Fasa Empat yang telah memberi manfaat kepada hampir 20,000 isi rumah.
Beliau berkata, sehingga kini, lebih 17,000 permohonan baharu telah diterima bagi inisiatif berkenaan dan jumlah itu dijangka terus meningkat.
"Kementerian merancang untuk membekalkan elektrik kepada pemohon baharu itu menerusi projek ALAF dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan jumlah peruntukan dianggarkan sebanyak RM550 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK13
#permohonan baharu
#luar bandar
#SEB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan