awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mohon lesen perbankan digital daripada BNM

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2020
08:05 MYT
Sarawak mohon lesen perbankan digital daripada BNM
Kerajaan negeri katanya sedang membangunkan kemudahan telekomunikasi di seluruh Sarawak bagi memacu inisiatif penubuhan perbankan digital ini.
KUCHING:Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka dan bank tempatan yang dipersetujui bagi perbankan tersebut.
Malah, kerajaan negeri katanya sedang membangunkan kemudahan telekomunikasi di seluruh Sarawak bagi memacu inisiatif penubuhan perbankan digital ini.
"Saya melihat impak kewangan kepada pembangunan ekonomi adalah besar. Sehubungan itu, saya dan rakan dalam kabinet sudah menyediakan kemudahan perbankan baharu ini yang diperlukan generasi muda Sarawak.
"Kita menyedari bahawa perbankan digital yang berkesan mesti berdaya tahan, adil dan dinamik. Hal ini akan menjadi prasyarat kerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka dan bank tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Belanjawan Negeri 2021 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Dalam model kewangan negeri memacu Sarawak itu, Abang Johari turut mendedahkan penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBoS) terbukti menjadi platform mampan sebagai pemudah dan mempercepatkan pelaksanaan agenda pembangunan negeri.
"Sarawak bernasib baik kerana telah mewujudkan DBoS pada tahun 2017 untuk memenuhi permintaan sumber kewangan kita yang bersaing.
"Tanpa model inovatif ini, Sarawak tidak akan dapat membangunkan infrastruktur dan kemudahan seperti sekarang," katanya.
Topic Berkaitan
#perbankan digital
#Bank Negara Malaysia
#Abang Johari Tun Openg
#Permohonan lesen bank digital
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan