awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perlu capai KDNK lapan peratus menjelang 2030

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2020
06:38 MYT
Sarawak perlu capai KDNK lapan peratus menjelang 2030
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, langkah itu sedang dirancang pihaknya dan digerakkan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC).FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Sarawak perlu meraih pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lapan peratus berbanding lima peratus ketika ini bagi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Walaupun jumlah itu masih tinggi, ia perlu diperkasakan bagi memastikan matlamat melonjakkan purata pendapatan isi rumah rakyat bertambah daripada RM5,000 kepada RM16,000 menjelang 10 tahun akan datang.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, langkah itu sedang dirancang pihaknya dan digerakkan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC).
“Walaupun kadar ini agak tinggi, kita perlu melakukan strategi lompatan dan memberi tumpuan kepada sektor utama dengan menggandakan KDNK daripada RM133 bilion setahun kepada RM 282 bilion menjelang tahun 2030.
“Untuk itu, pada 6 Mei 2020 kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (SEAC), khususnya dalam memacu dan merangka strategi pemulihan ekonomi pasca COVID-19 sehingga 2030,” kata Abang Johari.
Antara lain ujarnya, dalam merealisasikan agenda ini, pembangunan infrastruktur asas akan terus diperhebatkan terutama bekalan air bersih terawat dan bekalan elektrik di luar bandar.
Perkara ini pastinya akan mengurangkan jurang infrastruktur di kawasan bandar dan pedalaman.
Selain itu tambahnya, kerajaan negeri juga memberi fokus dalam usaha meningkatkan keupayaan pusat data dan inovasi bagi menjana kebolehpasaran sumber ekonomi di peringkat domestik dan antarabangsa.
“Pada masa kini data raya atau big data merupakan “new oil” dalam ekonomi. Keperluan dan peningkatan keupayaan pusat data dan inovasi akan menyokong keperluan semua cabang perkhidmatan digital yang dibangunkan seperti Digital ID, Digital Wallet, Big Data, Blockchain, Fintech, Virtual Reality, Augmented Reality and Artificial Intelligence,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN).
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK
#Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak SEAC
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Big data
#digital
#new oil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan