awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
Pengeluaran dron Iran meningkat 10 kali ganda sejak perang - Pegawai tentera
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak umum tiga bantuan ringankan beban rakyat susulan konflik Asia Barat

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
16/04/2026
08:05 MYT
Sarawak umum tiga bantuan ringankan beban rakyat susulan konflik Asia Barat
Abang Johari (tengah) berkata konflik itu telah meningkatkan kos bahan api, pengangkutan dan makanan, sekali gus memberi tekanan kepada rakyat. -Foto Astro AWANI
Kerajaan Sarawak mengumumkan tiga bantuan utama dengan implikasi kewangan keseluruhan RM876.2 juta bagi tahun 2026 bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup susulan konflik di Asia Barat.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata konflik tersebut telah mendorong peningkatan kos bahan api, pengangkutan dan makanan, sekali gus memberi tekanan kepada rakyat.
Antara langkah yang diumumkan ialah peningkatan kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada RM1,100 bagi isi rumah, RM600 bagi warga emas, dan RM375 bagi individu bujang, yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima.
Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan diskaun 25 peratus bil elektrik kepada pengguna domestik dari April hingga Disember 2026, serta diskaun 50 peratus sewaan premis bagi peniaga kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
Kerajaan Sarawak menegaskan langkah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan negeri itu dalam melindungi kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#skas
#kos sara hidup
#Abang Johari
#bantuan kerajaan
#bil elektrik
#Peniaga kecil
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan