awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasar 10 tahun jadi negara pengeluar vaksin - Dr Adham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/10/2021
10:54 MYT
Sasar 10 tahun jadi negara pengeluar vaksin - Dr Adham
Malaysia menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menjadi negara pengeluar vaksin manusia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menjadi negara pengeluar vaksin manusia, di mana Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pelan tersebut dikoordinasi melalui kerjasama strategik pelbagai pihak merangkumi badan kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat supaya pendekatan lebih menyeluruh dapat dikoordinasikan.
"Sebagai permulaan, sebuah pusat vaksin negara akan ditubuhkan iaitu Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), yang mana inisiatif ini perlu disegerakan kerana kerajaan sedar sukar untuk Malaysia terus bergantung dan mendapatkan vaksin dari negara maju.
"Oleh itu, kepakaran dalam negara sedang dikenal pasti dan disusun bagi memastikan strategi dan tindakan dapat dilaksanakan mengikut masa ditetapkan," katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam masa yang sama, Dr Adham berkata sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan kepada MOSTI dalam RMK-12 bagi pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Melalui peruntukan tersebut, beliau berkata MOSTI akan memastikan 50 peratus daripada dana penyelidikan tersebut digunakan bagi pembangunan penyelidikan eksperimental untuk projek yang berpotensi dikomersialkan.
"Dengan pelaksanaan perkara ini, perbelanjaan kasar R&D (GERD) dapat ditingkatkan daripada 1.44 peratus pada tahun 2018 menjadi 2.5 peratus pada tahun 2025.
"Melalui usaha ini, lebih banyak syarikat tempatan dapat beralih daripada sekadar pengguna teknologi kepada pembangun dan pencipta teknologi," katanya.
Topic Berkaitan
#MOSTI
#negara pengeluar vaksin
#Dr Adham Baba
#RMK12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan