awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi kluster pendidikan di Kedah, babit sekolah berasrama

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/01/2022
14:35 MYT
Satu lagi kluster pendidikan di Kedah, babit sekolah berasrama
Dr Othman Warijo berkata, kebanyakan pelajar adalah penghuni asrama sekolah berkenaan. - Gambar hiasan/ Bernama
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu lagi kluster pendidikan baharu iaitu Kluster Dah Jenan membabitkan 33 pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra yang dikesan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kebanyakan pelajar adalah penghuni asrama sekolah berkenaan.
“Ini merupakan sekolah berasrama penuh. Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sedang meneliti langkah seterusnya untuk diambil.
“Kita menjangkakan akan terdapat pertambahan kes positif di sekolah itu, namun tindakan lanjut sedang dilakukan untuk mengelakkan penularan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dengan pertambahan itu, sehingga hari ini Kedah merekodkan 14 kluster pendidikan.
Topic Berkaitan
#Kluster Pendidikan
#Kedah
#sekolah berasrama
#SMSAH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan