awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu langkah yang salah boleh akibatkan penutupan Bab El-Mandeb - Pegawai Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
06/04/2026
03:01 MYT
Satu langkah yang salah boleh akibatkan penutupan Bab El-Mandeb - Pegawai Iran
Barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb mempunyai kepentingan strategik, sama seperti Selat Hormuz. - Foto Reuters
Pegawai kanan Iran, Ali Akbar Velayati memberi amaran bahawa kesilapan berulang oleh Amerika Syarikat (AS) boleh mencetuskan penutupan Bab el-Mandeb, iaitu laluan maritim utama, lapor Mehr News Agency (MNA).
Velayati, anggota Expediency Discernment Council berkata barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb mempunyai kepentingan strategik, sama seperti Selat Hormuz.
Menerusi hantaran di laman media sosialnya, beliau mendakwa Rumah Putih akan segera menyedari bahawa aliran tenaga dan perdagangan global boleh terganggu hanya dengan satu isyarat sekiranya mereka mengulangi "kesilapan bodoh."
Beliau berkata walaupun AS secara sejarahnya telah belajar daripada Iran, negara itu masih belum memahami sepenuhnya geografi kuasa serantau, sekali gus memberi bayangan bahawa sebarang cubaan mencabar Iran boleh membawa kepada akibat strategik serta-merta.
-- BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#Iran
#AS
#Bab el-Mandeb
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan