awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya akan ke SPRM - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2017
15:48 MYT
Saya akan ke SPRM - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa akan ke SPRM pada pagi Jumaat selain mengakui rela disiasat agensi penguatkuasa itu. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Tan Sri Annuar Musa akan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi Jumaat selain mengakui rela disiasat agensi penguatkuasa itu.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis memberitahu akan bertemu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas ke SPRM.
Dalam pada itu katanya, tidak timbul isu tikam belakang oleh mana-mana pihak dalam isu berkenaan.
"Saya fikir tidak timbul soal tikam belakang. Jangan tuduh mereka. Biar SPRM siasat saya dahulu," jelasnya.
BACA: Penggantungan Mara: Saya akur dan akan bekerjasama dalam siasatan - Annuar Musa
BACA: SPRM buka kertas siasatan isu Annuar Musa
Ketibaannya disambut lebih 400 penyokongnya.
Selasa lepas, Annuar dilaporkan berkata, beliau akur dengan keputusan penggantungannya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) yang berkuat kuasa serta-merta.
Annuar pada masa itu berada di New Zealand turut mengakui tidak tahu menahu berkenaan mesyuarat khas Ahli Majlis MARA yang diadakan pada hari berkenaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara)
#SPRM
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan