awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya sudah lunas bayaran kad kredit pada 2016 - Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2018
09:32 MYT
Saya sudah lunas bayaran kad kredit pada 2016 - Zahid Hamidi
Zahid dakwa tidak berniat untuk melakukan penyelewengan dan akui tatacara pembayaran berkenaan adalah tidak betul. FOTOAstro AWANI / Shahir Omar
Presiden UMNO dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah melunaskan kesemua pembayaran kad kredit yang dibuat oleh Yayasan Akal Budi pada 2016.
Jelasnya, transaksi berkenaan adalah kesilapan yang dibuat seorang pegawai antara tahun 2014 hingga 2015.
Katanya, beliau tidak berniat untuk melakukan penyelewengan dan mengakui tatacara pembayaran berkenaan adalah tidak betul.
Beliau berkata demikian kepada media selepas memberi kenyataan kepada SPRM untuk hari kedua hari ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau berharap keterangan yang diberikan kepada SPRM, dan penjelasan menerusi sidang media ini dapat membersihkan imej beliau daripada persepsi negatif yang timbul akan kes ini.
"Bagi saya apa yang penting, saya telah telus dengan SPRM saya telah melakukan kerjasama yang terbaik dan SPRM telah mengambil kenyataan saya dengan cukup profesional.
"..dan tidak ada penyelewengan dari segi wang yang dari yayasan kerana yayasan itu dikendalikan keluarga saya untuk hal hal yang berkaitan dengan amal jariah termasuk banyak masjid telah didirikan, maahad, tahfiz, pusat hafazan quran, rumah anak yatim dan surau-surau, serta beberapa aktiviti yang kebajikan termasuk menjagak kebajikan asnaf, dan orang fakir miskin," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Islam
#Rasuah
#SPRM
#SRC International
#UMNO
#Yayasan Akal Budi
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan