awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segerakan bina santuari gajah di Hulu Perak - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
08/09/2019
10:58 MYT
Segerakan bina santuari gajah di Hulu Perak - Ahmad Faizal
Hidupan liar seperti gajah kini terancam kerana sering berdepan konflik dengan manusia. - Gambar fail
Kerajaan Perak berharap cadangan mewujudkan sebuah pusat santuari gajah di kawasan Hulu Perak dapat disegerakan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu perlu dipandang serius bagi memastikan hidupan liar di kawasan itu tidak lagi terancam.
"Semasa perjumpaan saya dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) Dr Xavier Jayakumar beberapa bulan lepas ada membincangkan mengenai 'Perak Elephant Sanctuary' dan bagi pihak kerajaan negeri kita telah menyediakan tempat di daerah Hulu Perak.
"Seperti yang diumumkan Dr Xavier semalam ia akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12, jadi kita harap kerajaan perseketuan dapat pertimbangkan secara serius kerana ia tidak lagi boleh dilengah-lengahkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-33 Tahun 2019 Persatuan Penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Perak di sini hari ini.
Semalam, Dr Xavier mengumumkan kerajaan akan mewujudkan sebuah pusat santuari gajah di kawasan seluas 40.47 hektar dengan kos kira-kira RM20 juta di Perak, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memulihara haiwan itu yang semakin terancam, selain sering berdepan konflik dengan manusia.
Ia adalah pusat sanctuari tambahan, selepas penubuhan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka di Terengganu dan sanctuari Gajah Johor di Kota Tinggi.
Dalam perkembangan berlainan, ketika ditanya mengenai status pengisytiharan harta beliau, Ahmad Faizal berkata ia telah dilakukan.
"Saya Ahli Parlimen dan saya Menteri Besar saya sudah buat pengisytiharan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia boleh disemak," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan negeri memberi tempoh sehingga 23 Oktober ini kepada 59 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak bagi mengisytiharkan harta seperti termaktub dalam usul yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#gajah liar
#hidupan liar
#Hulu Perak
#santuari gajah
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan