awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LTSIP kini lapangan terbang domestik paling moden, cantik di Malaysia
AS serah semula semua pangkalan tentera utama di Syria - CENTCOM
PN gesa kerajaan pastikan Selat Melaka kekal neutral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan tentera laut AS di Iran dihentikan selepas perjanjian ditandatangani - Trump

Bernama
Bernama
18/04/2026
01:12 MYT
Sekatan tentera laut AS di Iran dihentikan selepas perjanjian ditandatangani - Trump
Ditanya sama ada perang akan berakhir hujung minggu ini, Presiden Trump berkata, perbincangan sedang berjalan. - Gambar Reuters
Sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran akan dihentikan sebaik sahaja perjanjian dicapai, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat sekali gus mengikat pengepungan itu pada hasil rundingan, lapor Anadolu Ajansi.
"Sekatan berakhir sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, ketika itulah sekatan berakhir," kata Trump kepada pemberita di Lapangan Terbang Phoenix sebelum menuju ke suatu acara di Arizona.
Ditanya sama ada perang akan berakhir hujung minggu ini, Trump menyatakan perbincangan sedang berjalan.
"Kami telah mengadakan beberapa perbincangan yang sangat baik," katanya sambil menambah "banyak perkara baik sedang berlaku dan itu termasuk (isu) Lubnan juga."
Ditanya mengenai dakwaan Iran bahawa perbezaan ketara kekal antara kedua-dua pihak, Trump menolak. "Baiklah, mungkin ada; mari kita lihat apa yang berlaku. Jika ada, kita perlu membetulkannya," katanya. "Tetapi saya tidak fikir terdapat terlalu banyak perbezaan yang ketara."
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#Donald Trump
#Iran
#sekatan
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan