awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid
MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid
Kemasukan KIMMA sebagai parti teras belum dapat persetujuan sebulat suara BN - Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS serah semula semua pangkalan tentera utama di Syria - CENTCOM

Bernama
Bernama
18/04/2026
02:36 MYT
AS serah semula semua pangkalan tentera utama di Syria - CENTCOM
Amerika Syarikat telah menyelesaikan penyerahan semua pangkalan tentera utama di Syria, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Jumaat. - Gambar Reuters
Amerika Syarikat (AS) telah menyelesaikan penyerahan semua pangkalan tentera utama di Syria, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
"Pasukan AS telah selesai mengembalikan semua pangkalan utama kami di Syria sebagai sebahagian daripada peralihan yang disengajakan dan berasaskan syarat oleh Pasukan Petugas Bersama Gabungan - Operation Inherent Resolve," kata jurucakap Tim Hawkins kepada Anadolu.
Tentera AS, bagaimanapun, masih membantu operasi memerangi keganasan yang diketuai oleh rakan kongsi tempatan, yang menurut Hawkins "penting" untuk memastikan ISIS (Daesh) tidak memperoleh kemenangan dan meningkatkan keselamatan di seluruh rantau itu.
Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Syria pada Khamis menyambut baik penyerahan sepenuhnya pangkalan tentera.
“Pelanjutan kuasa negara Syria ke atas kawasan yang sebelum ini berada di luar kawalannya, termasuk kawasan timur laut dan sempadan, adalah hasil usaha berterusan kerajaan Syria untuk menyatukan negara dalam rangka satu negara,” menurut kementerian itu dalam kenyataan.
Menurut kementerian, peralihan tersebut menandakan "integrasi yang berjaya" Pasukan Demokratik Syria (SDF) ke dalam struktur nasional dan penerimaan "tanggungjawab penuh" untuk operasi memerangi keganasan dan ancaman keselamatan serantau oleh Syria.
Pada 30 Jan, kerajaan Syria mengumumkan ia telah mencapai persetujuan menyeluruh dengan SDF yang bertujuan untuk menamatkan perpecahan di negara itu dan melancarkan fasa integrasi baharu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#Syria
# CENTCOM
#pangkalan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan