awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah Antarabangsa Labuan wakil Malaysia ke Olimpiad Robotik Dunia

Bernama
Bernama
13/09/2018
23:57 MYT
Sekolah Antarabangsa Labuan wakil Malaysia ke Olimpiad Robotik Dunia
Pasukan Robotic LIS yang menjuarai NROC 2018 bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Olimpiad Robotik Dunia 2018 di Chiang Mai, Thailand November nanti. - Facebook/Labuan International School
Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) mencatatkan sejarah mereka tersendiri selepas memenangi Pertandingan Robotik Terbuka Kebangsaan (NROC) sekaligus mewakili Malaysia ke Kejohanan Olimpiad Robotik Dunia 2018 (WRO) dari 16-18 Nov di Chiang Mai, Thailand.
Pasukan LIS yang terdiri daripada pelajar Tahun 5, Thoriq Zulkarnain, Faris Hakim Mohd Shukri (Tahun 5) dan Humaira Dayana Noor Azlan (Tahun 4) yang bertanding dalam kategori 'Regular Pro' Sekolah Rendah berjaya mengalahkan 16 buah sekolah lain dari seluruh negara.
Satu lagi pasukan mereka yang bertanding dalam Kategori Sekolah Menengah Rendah pula menduduki tempat ke-11 daripada 35 buah sekolah dalam pertandingan berlangsung di Sekolah Antarabangsa St Joseph Institution, Petaling Jaya.
Cabaran tahun ini, dengan tema 'Food Matters' dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Sasbadi Sdn Bhd, bertujuan untuk menggalakkan pendidikan STEM yang merangkumi empat bidang pendidikan iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
"Kita patut berbangga dengan pencapaian pelajar yang mencerminkan kesungguhan para guru atas usaha tanpa mengenal penat dalam melatih pasukan itu berminggu-minggu sebelum pertandingan.
"Para pelajar juga telah bekerja dengan rapat bersama guru-guru mereka dan meletakkan sasaran untuk memenangi hadiah utama pertandingan," kata LIS dalam satu kenyataan kepada Bernama. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Labuan International School
#LIS
#National Robotics Open Championship
#NROC
#World Robot Olympiad
#WRO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan