awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SELangkah nafi penglibatan dalam tempahan slot AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2021
13:10 MYT
SELangkah nafi penglibatan dalam tempahan slot AstraZeneca
CITF dalam kenyataannya memaklumkan terdapat aduan dari sebilangan individu yang telah diberikan janji temu vaksin AstraZeneca walaupun tidak pernah membuat tempahan termasuk tempahan dalam jumlah yang ramai. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: SELangkah menafikan penglibatannya dalam isu tempahan slot vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin, tuduhan dan dakwaan sesetengah pihak berkenaan penglibatan pihaknya dalam isu tempahan vaksin itu adalah tidak benar.
"Merujuk kepada kenyataan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bertarikh 28 Mei 2021 berkenaan masalah serta kecelaruan yang dihadapi berkenaan tempahan slot vaksin AstraZeneca, SELangkah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan dakwaan yang tidak mempunyai asas sama sekali.
"Pihak SELangkah menegaskan bahawa tidak mempunyai sebarang penglibatan berkenaan hal itu seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam masa yang sama jelas beliau, pihaknya juga tidak pernah dihubungi oleh pihak CITF berhubung perkara tersebut seperti yang didakwa.
"Pihak SELangkah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan dakwaan palsu yang bertujuan mencemar reputasi kami (SELangkah)," tegasnya.
BACA: CITF terima aduan ada janji temu AstraZeneca ditempah tanpa persetujuan penerima
Terdahulu, CITF dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan terdapat aduan daripada sebilangan individu yang telah diberikan janji temu vaksin AstraZeneca walaupun tidak pernah membuat tempahan.
Jelas kenyataaan itu, terdapat juga aduan diterima berlakunya penggantian janji temu vaksin tersebut terhadap penerima tertentu.
Siasatan awal mendapati terdapat juga tempahan dalam jumlah yang ramai yang dilakukan menerusi beberapa alamat protokol internet (IP) yang sama.
Salah satu pihak yang dihubungi oleh CITF adalah pihak SELangkah.
Topic Berkaitan
#tempahan vaksin
#AstraZeneca
#Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah
#SELangkah
#Tengku Iesta Tengku Alaudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan