awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor akan didahulukan bagi naik taraf rangkaian 5G - Annuar Musa

Bernama
Bernama
14/04/2022
02:40 MYT
Selangor akan didahulukan bagi naik taraf rangkaian 5G - Annuar Musa
Di bawah program JENDELA, Selangor menerima peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak RM5.34 bilion, untuk menaik taraf sistem telekomunikasi di negeri itu.
SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mendahulukan negeri Selangor dalam usaha pelaksanaan dan naik taraf rangkaian perkhidmatan 5G, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
"Di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), ada tiga program sedang berjalan iaitu yang pertama adalah menambah menara telekomunikasi baharu untuk 4G, manakala untuk penaiktarafan menara telekomunikasi kepada 5G, negeri Selangor akan didahulukan," katanya.
Beliau berkata dua lagi program di bawah JENDELA termasuklah meningkatkan jumlah rumah yang mempunyai sambungan gentian optik, dan menaik taraf sistem pemancar daripada 3G kepada 4G.
Katanya di bawah program JENDELA, Selangor menerima peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak RM5.34 bilion, untuk menaik taraf sistem telekomunikasi di negeri itu.
Beliau berkata melalui peruntukan tersebut, sebanyak 313 menara telekomunikasi baharu telah siap dibina setakat ini di negeri itu, manakala 35 menara lagi sedang dalam proses pembinaan.
"Selain itu, sejumlah 7,197 sistem pemancar telah dinaik taraf kepada 4G, dan sebanyak 652 sedang dalam pelaksanaan.
"Sebanyak 419,896 premis kini telah mempunyai sambungan gentian optik manakala pemasangan sebanyak 196,422 premis lagi, sedang dilaksanakan," katanya pada majlis moreh bersama wakil agensi dan jabatan di bawah K-KOMM serta rakan strategik di Selangor, di sini malam tadi.
Manakala bagi inisiatif Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), beliau berkata mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor yang masih belum dilengkapi PEDi, diminta untuk memohon kepada kementerian untuk kelulusan segera.
Setakat ini terdapat 48 PEDi telah diwujudkan dan mula beroperasi di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#5G
#Selangor
#Annuar Musa
#JENDELA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan