awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor sasar 50 peratus penggunaan mobiliti bersih menjelang 2028

Bernama
Bernama
10/04/2026
09:13 MYT
Selangor sasar 50 peratus penggunaan mobiliti bersih menjelang 2028
Ng memaklumkan sasaran itu adalah fasa penting sebelum peralihan penuh kepada 100 peratus bas elektrik menjelang 2030. - Gambar DUN Selangor
Kerajaan Negeri Selangor menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggunaan bas elektrik (EV) bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor menjelang 2028, sebagai langkah mempercepat agenda mobiliti bersih negeri.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han dalam kenyataan memaklumkan sasaran itu adalah fasa penting sebelum peralihan penuh kepada 100 peratus bas elektrik menjelang 2030.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan ketetapan yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Mobiliti Selangor Bil. 1/2026 pada 27 Jan lepas, yang mewajibkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor merancang peralihan perkhidmatan Bas Smart Selangor daripada enjin diesel kepada EV bermula tahun ini.
Menurut Ng, sejak 2024 sehingga kini, sebanyak 17 peratus atau 26 daripada 156 bas sedia ada telah ditukar kepada bas EV melibatkan lima PBT, iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya (15 bas), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (lima bas), Majlis Bandaraya Shah Alam (empat bas), Majlis Bandaraya Diraja Klang (satu bas) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (satu bas).
Beliau berkata langkah drastik itu diambil sebagai usaha proaktif dalam mendepani ketidaktentuan kos bahan api fosil akibat konflik geopolitik di Asia Barat.
“Peralihan ini bukan sahaja akan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi diesel kerajaan, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) bagi menyokong agenda nasional untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050.
“Daripada aspek kecekapan fiskal, langkah ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan negeri melalui penggunaan tenaga alternatif yang lebih kos efektif bagi jangka masa panjang,” katanya.
Ng berkata program Bas Smart Selangor kini mengendalikan 156 bas merangkumi 57 laluan di seluruh negeri, dengan purata lebih lapan juta penumpang setahun.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memastikan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam kekal efisien, bersih dan mampan demi kesejahteraan rakyat Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mobiliti bersih
#bas percuma
#geopolitik
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan