awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selat Melaka perairan paling selamat - Liow

Bernama
Bernama
18/07/2015
11:52 MYT
Selat Melaka perairan paling selamat - Liow
LIOW: Berlainan dengan keselamatan di Laut China Selatan kerana kerajaan masih berusaha untuk meningkatkan sistem pengawasan di perairan tersebut. - Gambar Fail
Selat Melaka merupakan perairan paling selamat dan bebas daripada ancaman lanun bagi kapal-kapal yang merentasinya dalam menjalankan urusan aktiviti dagangan masing-masing.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sepanjang tahun ini tiada kes melibatkan ancaman lanun di perairan selat berkenaan.
"Setakat ini tiada apa-apa yang berlaku di perairan Selat Melaka dan kes kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony baru-baru ini pun bukan berlaku di perairan itu.
"Selat Melaka adalah satu daripada laluan kapal yang sibuk kerana banyak kapal besar melaluinya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Bendahara di sini, hari ini.
Beliau berkata ini berlainan dengan keselamatan di Laut China Selatan kerana kerajaan masih berusaha untuk meningkatkan sistem pengawasan di perairan tersebut bagi menjamin keselamatan kapal yang melalui sepanjang laluan tersebut. "Malahan kerajaan memerlukan kerjasama daripada semua negara untuk meningkatkan sistem keselamatan di perairan itu," katanya.
Liow bagaimanapun berkata negara mempunyai sistem kawalan radar yang mencukupi bagi memantau pergerakan maritim di perairan laut itu.
"Radar yang ada dapat meliputi kawasan yang cukup luas dan dapat mengesan semua kapal yang melalui perairan itu dan kapal-kapal yang melaluinya juga turut mempunyai sistem kawalan masing-masing," katanya.
Topic Berkaitan
#lanun
#Laut China Selatan
#Liow Tiong Lai
#Selat Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan