awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Pemilik rumah kebajikan didakwa lagi, aniaya empat penghuni pusat jagaan kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana 1MDB: SPRM siasat penglibatan beberapa individu di Kuwait

Bernama
Bernama
04/09/2022
08:43 MYT
Seleweng dana 1MDB: SPRM siasat penglibatan beberapa individu di Kuwait
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguatkuasa Kuwait sejak dua tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguatkuasa Kuwait sejak dua tahun lepas.
"Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama dan perkara berkenaan masih lagi dalam kajian pihak Kuwait.
"SPRM sebagai antara peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset dan wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB serta beberapa syarikat lain yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan setiap tindakan dengan kerjasama agensi penguatkuasa luar negara melibatkan aliran wang amat kompleks dan rumit.
Selain itu, Pejabat Peguam Negara telah menolak sepenuhnya tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, kepada kerajaan Malaysia pada 16 Julai lepas.
Oleh itu, SPRM memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum serta boleh menjejaskan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#1MDB
#seleweng dana
#Kuwait
#1Malaysia Development Berhad
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan