awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari

Bernama
Bernama
28/08/2018
05:47 MYT
Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari
Kesemua suspek tiba di mahkamah pada 9.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari. - Gambar hiasan
Seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar 'Datuk' dan enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ini hingga Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.
Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah pada 9.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki berusia 34 hingga 49 tahun itu ditahan SPRM antara 11.30 pagi dan 10 malam semalam.
Katanya enam PTD itu ditahan di JPM manakala 'Datuk' tersebut ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.
Bagaimanapun menurutnya jumlah sebenar dana yang diselewengkan belum dapat dipastikan.
BACA: Kerajaan tidak lindungi pemimpin terlibat rasuah
Kesemua suspek disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana
#Datuk
#JPM
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#penyelewengan
#PRU14
#PTD
#Putrajaya
#Rasuah
#reman
#salah guna kuasa
#siasatan
#SPRM
#suspek
#Timbalan Ketua Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan