awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selfie dengan bahulu bentuk zakar jadi viral, wanita buat laporan polis

Bernama
Bernama
18/02/2016
08:12 MYT
Selfie dengan bahulu bentuk zakar jadi viral, wanita buat laporan polis
Wanita itu berselfie dengan bahulu jenis ini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi kurang enak di media sosial. - Gambar fail
Seorang ahli perniagaan wanita membuat laporan polis mendakwa penyebaran tanpa kebenaran gambar selfie beliau yang dikongsi hanya untuk rakan-rakannya di Facebook, telah mengaibkannya.
Faridah Ulis, 45, lebih dikenali sebagai Mamadot, membuat laporan itu di Balai Polis Pusat Miri pada pukul 11.41 pagi semalam dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petang.
Satu daripada gambar selfie itu menunjukkan beliau bergambar dengan kuih bahulu berbentuk kemaluan lelaki yang dijual di sebuah kedai sebelum Tahun Baharu Cina.
"Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya beliau berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya.
Faridah berkata gambar tersebut dimuat naik ke dalam akaun Facebooknya beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina sebelum mendapati ia disebarkan ke kumpulan lain di media sosial itu tanpa pengetahuannya dan terus memadamkan gambar itu serta-merta.
"Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan," katanya.
Beliau berkata gambar selfie itu dikongsi sehingga menjadi viral, malah ada yang memberikan maklumat salah dengan mengatakan bahawa bahulu itu dijual di Langkawi dengan harga RM4 sepeket.
"Suami saya kecewa terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan pengguna internet yang mengkritik tindakan saya mengambil gambar dengan bahulu tersebut," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kedai yang menjual bahulu berkenaan telah berhenti menerima pesanan selepas mendapat reaksi negatif daripada pengguna internet dan orang ramai.
Topic Berkaitan
#bahulu bentuk zakar
#gambar viral
#selfie dengan bahulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan