awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semarak Niaga Keluarga Malaysia bantu PMKS bangkit, berkembang - Tengku Zafrul

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/02/2022
04:11 MYT
Semarak Niaga Keluarga Malaysia bantu PMKS bangkit, berkembang - Tengku Zafrul
Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia, jelas Tengku Zafrul, menyediakan akses kepada pelbagai pembiayaan merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dirangka bagi membolehkan komuniti usahawan negara mampu bangkit semula dan terus berkembang, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, program itu juga menyediakan akses kepada pelbagai pembiayaan merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti yang memanfaatkan golongan usahawan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Jelasnya, walaupun mengalami penguncupan sebanyak 7.3 peratus pada tahun 2020, sumbangan sektor perniagaan terutamanya PMKS kekal signifikan.
Justeru, katanya, adalah penting untuk kerajaan memastikan sektor perniagaan dapat terus berdaya tahan.
"Selain daripada akses kepada pembiayaan, strategi untuk membina daya tahan sektor perniagaan juga tertumpu kepada inisiatif yang akan memacu pelaburan strategik, memudah cara perniagaan serta memperkasakan agenda digitalisasi dan kelestarian bagi mereka.
"Dalam memacu pelaburan, Bajet 2022 menyediakan inisiatif seperti dana khas pelaburan strategik bernilai RM2 bilion ringgit, geran padanan Automasi Pintar bernilai RM100 juta.
"Selain itu, program kemahiran bernilai RM80 juta dan RM423 juta bagi mempergiat aktiviti R&D (kajian dan pembangunan) turut disediakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia di sini, pada Isnin.
Untuk rekod, selain menggaji lebih daripada tujuh juta pekerja, PMKS juga menyumbang hampir 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan lebih daripada 13 peratus eksport negara.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Kementerian Kewangan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 (JPB) dan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal pada tahun ini.
"Penubuhan JPB ini akan memantau pelaksanaan pelbagai inisiatif Bajet 2022, termasuk langkah-langkah di bawah Semarak Niaga, bagi memastikan keberkesanan dan penyampaian yang cekap," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Semarak Niaga
#Keluarga Malaysia
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan