awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembelihan ternakan untuk jualan Aidilfitri perlu dapat permit JPV

Bernama
Bernama
18/04/2022
03:53 MYT
Sembelihan ternakan untuk jualan Aidilfitri perlu dapat permit JPV
Mengikut peraturan semua penyembelihan perlu dilakukan di tempat yang sah dan ditetapkan oleh JPV.- Gambar fail/BERNAMA
BAGAN SERAI: Aktiviti penyembelihan ternakan seperti lembu dan kerbau untuk penjualan daging di negeri ini perlu mendapat permit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), khususnya menjelang perayaan Aidilfitri awal bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Razman Zakaria berkata ini bagi memastikan binatang yang disembelih sihat, mempunyai pemilik dan bebas daripada sebarang penyakit bagi menjamin keselamatan makanan.
"Mengikut peraturan semua penyembelihan perlu dilakukan di tempat yang sah dan ditetapkan oleh JPV.
"Walaupun kadang-kadang berlaku penyembelihan ternakan di kampung-kampung pada musim perayaan, ia juga hendaklah mendapatkan kelulusan daripada jabatan itu, termasuk kebenaran memindahkan ternakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim di Markas Pas Masjid Tinggi di sini hari ini.
Razman turut memberi jaminan bahawa bekalan daging di negeri ini mencukupi untuk musim perayaan nanti.
Selain itu, beliau berkata JPV sedang memohon peruntukan bagi memberi ganti rugi kepada penternak khinzir yang terpaksa melupuskan ternakan mereka akibat penyakit demam babi Afrika (ASF).
Katanya langkah itu membabitkan kira-kira 3,700 ekor khinzir dari tiga ladang ternakan komersial sejak Mac lalu sehingga kini, termasuk 990 ekor di daerah Batang Padang dan Hilir Perak.
Katanya lagi, setakat ini tiada kes ASF baharu dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sembelihan
#Aidilfitri
#permit
#JPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan