awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN

Sembilan ditahan buat kecoh dalam balai polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/02/2020
10:00 MYT
Sembilan ditahan buat kecoh dalam balai polis
Imej dari visual yang tular di media sosial menunjukkan kekecohan yang terjadi di Balai Polis Port Dickson. - Sumber: Media sosial/Facebook Ameno World
Polis menahan sembilan individu yang didakwa membuat kecoh dan bergaduh dalam kejadian di Balai Polis Port Dickson pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana merusuh, membuat ugutan jenayah terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 53 saat yang memaparkan sekumpulan individu bertindak agresif ketika berada di dalam balai polis berkenaan.
Aidi Sham dalam kenyataannya berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian bermula daripada satu kumpulan lelaki yang sedang mabuk bertindak memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki lain dengan menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson.
Ekoran pergaduhan berkenaan, ia berlarutan sehingga ke perkarangan Balai Polis Port Dickson dan pihak polis berjaya menahan semua suspek lelaki berusia dari 24 hingga 33 tahun
Jelasnya, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan lanjut.
Semakan polis juga mendapati, lima suspek mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah dan narkotik, manakala empat lagi tiada rekod selain dua orang daripada mereka juga didapati gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diperiksa oleh polis.
Aidi Sham berkata, ujian saringan air kencing juga mendapati seorang suspek didapati positif dadah jenis methamphetamin.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506/186/148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Topic Berkaitan
#balai polis port dickson
#buat kecoh dalam balai polis
#merusuh
#PDRM
#polis
#sembilan ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.