awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua acara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan dibatalkan

Bernama
Bernama
03/11/2020
05:54 MYT
Semua acara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan dibatalkan
Baginda mendoakan kehadrat Allah SWT supaya penularan COVID-19 ini dapat dikawal dan pulih kembali seperti sedia kala. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU:Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memperkenankan supaya semua acara sambutan Perayaan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini dibatalkan berikutan kes jangkitan COVID-19 yang masih lagi meningkat.
Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembatalan itu termasuklah Istiadat Meletak Kerja, Istiadat Pemeriksaan Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Pelantikan Jaksa Pendamai.
"Baginda juga turut menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat bersama-sama rakyat bagi menyambut Perayaan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V seperti tahun-tahun lepas," katanya.
Nazran berkata sungguhpun begitu Baginda mengharapkan supaya semua rakyat agar sentiasa prihatin terhadap tanggungjawab dalam mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dan menurut segala Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sama-sama membantu memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dan diputuskan.
Katanya Baginda sentiasa mendoakan kehadrat Allah SWT supaya penularan COVID-19 ini dapat dikawal dan pulih kembali seperti sedia kala.
Beliau berkata Baginda mengharapkan seluruh rakyat sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT ketika menghadapi musibah ini.
Cuti sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad V Yang Ke-51 adalah pada 11 dan 12 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
#COVID-19
#sambutan Perayaan Hari Keputeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan