awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat: PLKN capai matlamat penubuhan dan perlu diteruskan - Abdul Rahim

Bernama
Bernama
29/04/2014
10:29 MYT
Senat: PLKN capai matlamat penubuhan dan perlu diteruskan - Abdul Rahim
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. -Gambar Fail
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mencapai matlamat penubuhannya dan perlu diteruskan demi pembangunan jati diri generasi muda, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata ia berlandaskan kaji selidik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan lebih 85 peratus daripada 60,000 responden yakin PLKN berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Kajian meliputi pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak pada 2009 itu juga menyimpulkan modul kesukarelaan dan kecergasan menepati matlamat PLKN dalam menyediakan golongan muda yang cergas dan sedia menumpahkan khidmat mereka untuk negara, katanya menjawab pertanyaan Senator Zaiton Mat Amin.
Zaiton ingin tahu sejauh mana PLKN berkesan khususnya dalam meningkatkan semangat patriotisme generasi muda.
Abdul Rahim berkata bagi memastikan kurikulum PLKN kekal relevan dan berkesan dalam mencapai matlamatnya, kementerian melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara akan terus mengekalkan empat modul teras, iaitu pembinaan karektor, kenegaraan, khidmat komuniti dan fizikal, malah telah ditambah baik dengan menekankan semangat patriotisme dan volunterisme.
Sejak diperkenalkan pada 2004 hingga akhir 2013, sebanyak 752,643 pelatih dilatih melalui program ini dengan anggaran kos antara RM550 hingga RM650 juta setahun, katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#plkn
#Program Latihan Khidmat Negara
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan