awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang jemaah haji meninggal dunia susulan jangkitan kuman - Idris

Bernama
Bernama
04/07/2022
06:46 MYT
Seorang jemaah haji meninggal dunia susulan jangkitan kuman - Idris
Idris mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan mengikut arahan petugas TH. - Gambar fail
MAKKAH: Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan menurut beliau kematian warga emas tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman yang teruk.
Warga emas berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu meninggal dunia pada 25 Jun di Hospital King Faisal setelah dirujuk pakar kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH).
Selain itu, Idris berkata setakat Sabtu (2 Julai) lepas seramai 13 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah manakala tiga lagi di Hospital Arab Saudi.
"Tabung Haji sentiasa prihatin dengan kebajikan setiap jemaah, terutama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik," katanya ketika sidang media di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan penginapan jemaah Malaysia.
Selain itu, Idris mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan mengikut arahan petugas TH.
"Saya berharap semua jemaah haji Malaysia mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Kerajaan Malaysia dan TH sentiasa memantau dengan teliti berhubung perkara berkaitan isu keselamatan di Tanah Suci dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas yang boleh menyebabkan strok haba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#meninggal dunia
#Idris Ahmad
#Makkah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan