awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang anggota PGA: Reman empat suspek disambung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/12/2020
05:16 MYT
Serang anggota PGA: Reman empat suspek disambung
Empat suspek tersebut tiba di Kompleks Mahkamah Kangar pada jam 9 pagi. - Foto Astro AWANI
KANGAR:Reman ke atas empat suspek, termasuk seorang dipercayai ketua sindiket penyeludupan yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, disambung antara enam dan tujuh hari lagi.
Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali, selepas mendapat permohonan polis bagi meneruskan siasatan kes terbabit.
Terdahulu, empat suspek, termasuk seorang lelaki warga Thailand berusia 27 tahun, tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada jam 9 pagi, dengan menaiki van polis, sebelum terus dibawa ke bilik reman.
Reman ke atas warga Thailand dan lelaki dipercayai ketua sindiket berusia 45 tahun disambung tujuh hari, manakala bagi dua lagi suspek warga tempatan berusia 22 tahun dan 26 tahun disambung enam hari.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta cubaan membunuh.
Berikutan itu, semua suspek dibawa kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar bagi meneruskan proses siasatan.
Dalam kejadian serangan pada jam 3.10 pagi Selasa minggu lalu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54 tahun, meninggal dunia di lokasi selepas terkena tembakan, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39 tahun, parah dan masih dirawat ketika ini.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#serangan
#PGA
#Dadah
#penyeludup
#suspek
#reman
#padang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan